Tuesday, November 22, 2016

Upcoming projects

Assalamualaikum

rasanya dah lama tinggalkan blog yg kulapuk ni. Sibuk dengan rutin,sibuk dengan anak2 dan sibuk dengan kehidupan sendiri

Hati dan jiwa mula mengetuk2 minda untuk menjuraikan penulisan demi penulisan. Kerana cintakan sastera kerana cintakan seni penulisan, maka keangkuhan jari jemari untuk mengetuk papan keyboard ini telah kukalahakan pada hari ini.

Banyak buah fikiran yang sedang meneroka akal ku yang sempit ini. Antaranya :

1) Keinginanku untuk menyambung PHD. Aku mula mencari kekuatan dan keberanian diri untuk menyambung PHD. Meskipun masih samar2 dan ragu2 dengan kehendak hati aku, aku harus berani untuk melangkah satu lagi langkah kedepan. Aku ingin ambil PHD bukan kerana rakan2 sekerja yang turut berlumba menyambung phd sebaliknya aku ingin mencabar diri aku sendiri. Sebenarnya aku sangat yakin dengan kebolehan aku, tapi aku sedari kaki ku yg selangkah ini payah untuk di gerakkan

2)Ilham bicara datang: Baru-baru ini aku ke kemboja utk trip khidmat masyarakat selama enam hari. Aku pada mulanya memang berat hati kerana melibatkan pengorbanan yang besar,tapi aku kuatkan diri untuk pergi. Hikmah yang tersembunyi adalah, aku bertemu dengan ilham baru. Ilham untuk menulis travelog kembara kemboja. Aku berdoa tidak sia2 atau separuh jalan keinginan aku ini.

3)Research oh research..aku perlu sempurnakan research yang aku berjaya perolehi geran ni. nak mulakan amatla malas,bila dh mula..malas plak nak berhenti..

doa2 kan aku istiqamah dalam dunia penulisan

Aku menulis kerana cinta dan aku tidak punya syarat utk menyintai ....

No comments:

Post a Comment